SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

Soalan 1: Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?

Jawapan: Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9).

Soalan 2: Bagaimana ingin mendapatkan Identity Number (MyID) bagi mengisi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)?

Jawapan: Pemohon perlu mencipta Identity Number (MyID) dan kata laluan sendiri dengan klik Daftar Akaun Baru dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)).

Soalan 3: Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya?

Jawapan: Setelah calon berjaya mencipta MyID dan kata laluan (selepas proses pendaftaran), pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/PSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

Soalan 4: Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?

Jawapan: Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk lebih rendah, walau bagaimanapun hanya sehingga peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja (one step lower).

 

 
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader